KISAH NABI IDRIS AS
Idris atau Nabi Idris a.s. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan putra Adam
yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri dan
Shiyth a.s. (Set menurut Yahudi dan Nasrani). Dalam Alkitab, Idris dikenal
dengan nama Henokh.
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari
Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin
Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam
dan Shiyth. Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi Adam
wafat.
Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam
berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat
untuk mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematika, astronomi,
dan lain sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana
kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum manusia dengan
bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris pun turun tangan dan memohon
kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan permohonan
itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan ditandai turunnya hujan.
Nabi Idris diperkirakan bermukim di Mesir
di mana ia berdakwah untuk menegakkan agama Allah, mengajarkan tauhid, dan
beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi
pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku berjudul The Prophet of God
Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab bagi Enoch, nenek
moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan
Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya
meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat
ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun
1. Nabi Idris Kedatangan Tamu
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah
‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca,
mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju
kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau
mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu
diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun
demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk
digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada
Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi
salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan
berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah
malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan
tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam.
Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari
Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.”
Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,
sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi
Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan,
mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam
persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam
persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya
ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi
Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk
saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak
mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang
haram?”
2. Malaekat Izrail mencabut nyawa Nabi
Idris atas permintaannya.
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris
meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah
bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui
beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan
sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin
tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan,
bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa
makhluk?” “Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat
hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak
sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di
hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan
datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah
SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu
permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan
kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah
Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya
saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan
Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat
Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu
juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian
Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon
kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah
mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT
kembali.
3. Malaekat Izrail membawaNabi Idris ke
Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris,
dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut
itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya
maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya
lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya
lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai
permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat
Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah
saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat
pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada
Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka
berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang
diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang
panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih,
pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka
itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat
Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan
dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat
apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu
saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat
membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab
Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada
Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga
mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ
Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat
segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan
lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai
saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah
melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah
untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya,
untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada
Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian
harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan
kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga.
Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai
Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke
dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau
tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!.
Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
No comments:
Post a Comment