Kisah Nabi Huud AS
"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di
jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak
di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah
kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh
yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan
sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan
mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal
mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t.
itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang
singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara
suku-suku yang hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah
penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam
semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan
" Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut
kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta
dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi
Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup
mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya
berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan
mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah.
Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya
sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit
atau kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka
menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis laknatullah, di mana
nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan
tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol
sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di
mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang
berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati,
dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan
menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat
belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah
gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai
nabi dan rasul kepada mereka.
Sudah menjadi sunnah Allah s.w.t. sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa
dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang
sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh
Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan
kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang
sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusia dari
segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman tauhid dan
aqidah yang sesuia dengan fitrah.
Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan
hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang
mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku
mereka sendiri dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh terkenal sejak
kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana
dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan
menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t.
yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang mencipta
mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa
tanah yang subur, air yang mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat.
Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka
perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang
tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya
dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang
diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah s.w.t.
yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau
mencabutnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa
atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya
menjalankan perintah Allah s.w.t. dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka
tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan
ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya atas kaum
Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan
mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan
kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja
itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak
pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa
oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar
peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang
mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka
sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan
agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal
dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan
serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan
dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang
diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud: "Wahai Hud! Ajaran dan agama
apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami
meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan
menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan
tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami
lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak
sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang
seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jangan mencederai
kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa suatu agama baru yang tidak kenal
oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini
kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan
pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu
sendiri sebagai ciptaanNya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa
langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan
gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya
dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat menikmati
kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan
menundukkan kepala kamu kepada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak
beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dengan
pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah
lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan
itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada
keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat
dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal
ia suatu barang yang tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau
merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap
mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah
diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya, "Gerangan apakah yang menjadikan engkau
berpandangan dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup
kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu
sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan
kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran
dangkal? Engkau mengaku bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh
Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami
keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus.
Kami merasa hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau
telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang
daripada kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa
seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa
engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang
pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan
tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai kaumku" jawab Nabi Hud, "Aku bukanlah seorang pendusta
dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah
bahawa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan
sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku,
sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan
bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat
pada diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang
meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh
Allah s.w.t. yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada
hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis laknatullah
dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang
terdahulu kerana Allah s.w.t. tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu
lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan
seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang
diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu
berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t., Tuhan seru sekalian alam, Tuhan
yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi
menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan bagi meneruskan hidupmu.
Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan
tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan
terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh
dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali
kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu
didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh
mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api
neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t. kepada kamu dan dengan
ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika
kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum Aad menjawab: "Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa
engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran
kamu kacau dan akalmu berubah menjadi tidak siuman. Engkau telah mengucapkan
kata-kata yang tidak masuk akal bahawa jika kami mengikuti agamamu, akan
bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan
kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan
kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami
mati dan menjadi tulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu
menakutkan kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong
dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah kepadamu
dan mengikuti ajaranmu kerana bayangan azab dan seksa yang engkau bayangkannya
kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau
janjikan dan ancaman itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan
bukan seorang pendusta."
"Baiklah" jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran
kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan
meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat
tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari
bencananya. Allah s.w.t. menjadi saksiku bahawa aku telah menyampaikan
risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang
hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik
yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya."
Pembalasan Allah s.w.t. terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang
itu diturunkan dalam dua perinkat. Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda
ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan
kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan
kebun-kebunnya seperti biasanya. Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha
meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari
Allah s.w.t. yang dijanjikan dan bahawa Allah s.w.t. masih lagi memberi
kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan
kembali beriman kepada Allah s.w.t. dengan meninggalkan persembahan mereka yang
bathil kemudian bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. agar segera
hujan turun kembali dengan lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan
yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap
janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap
berhala-berhala mereka memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.
Tentangan mereka terhadap janji Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi
Hud segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang
dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas
mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana dikiranya bahawa
hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun
mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang
bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu
bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa
kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah s.w.t. yang telah ku janjikan dan kamu
ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal
dan kamu dusta."
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang dikatakan oleh Nabi Hud itu
bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang
dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah
merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua
perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang
ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini mencari
perlindungan Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan
anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan
itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih
kaum Aad yang congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang
menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan
datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat
perlindungan Allah s.w.t. dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau
dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya
angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta
teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah
keadaan cuaca kembali tenang dan tanah "Al-Ahqaf " sudah menjadi
sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah
ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan
dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah
bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para
penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan
bulan Syaaban pada setiap tahun.
Selesailah kisah kaum Nabi Nuh dalam sejarah. Majoriti di antara mereka
yang mendustakan ajarannya telah dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti
antara mereka dapat kembali memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan
janji-Nya: Sedangkan janji Allah SWT kepada Nabi Nuh adalah:
"Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang takwa."
(QS. al-Qashash: 83)
Dan janji Allah SWT juga kepada Nabi Nuh adalah:
"Difirmankan: 'Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan
dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang
bersamamu. Dan ada pula umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam
hehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami.
" (QS. Hud: 48)
Berputarlah roda kehidupan dan datanglah janji Allah SWT. Setelah datangnya
taufan, tiada yang tersisa dari manusia di muka bumi kecuali orang-orang yang
beriman. Tiada satu hati yang kafir pun berada di muka bumi dan syaitan mulai
mengeluhkan pengangguran.
Berlalulah tahun demi tahun, lalu matilah para orang tua dan anak-anak, dan
datanglah anak dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh dan mereka
kembali menyembah berhala. Manusia menyimpang dari penyembahan yang semata-mata
untuk Allah SWT. Akhirnya, tipuan kuno berulang kembali. Para cucu kaum Nabi
Nuh berkata: "Kita tidak ingin melupakan kakek kita yang Allah SWT
selamatkan mereka dari taufan."
Oleh kerana itu, mereka membuat patung-patung orang-orang yang selamat itu
yang dapat mengingatkan mereka dengannya. Dan pengagungan ini semakin
berkembang generasi demi generasi, namun akhimya penghormatan itu berubah
menjadi penghambaan. Patung- patung itu berubah - dengan bisikan syaitan -
menjadi tuhan selain Allah SWT. Dan bumi kembali mengeluhkan kegelapan. Lalu
Allah SWT rnengutus junjungan kita Nabi Hud di tengah-tengah kaumnya.
Al-Qur'an menyingkap ceritanya setelah diutusnya Nabi Hud untuk membawa
agama kepada manusia. Nabi Hud berasal dari kabilah yang bernama 'Ad. Kabilah
ini tinggal di suatu tempat yang bernama al-Ahqaf. la adalah padang pasir yang
dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan tampak dari puncaknya lautan. Adapun
tempat tinggal mereka berupa tenda-tenda besar dan mempunyai tiang-tiang yang
kuat dan tinggi. Kaum 'Ad terkenal dengan kekuatan fisik di saat itu, dan
mereka juga memiliki tubuh yang amat tinggi dan tegak sampai-sampai mereka
mengatakan seperti yang dikutip oleh Al-Qur'an:
"Mereka berkata: 'Siapakah yang lebih kuat daripada kami.'" (QS.
Fushilat: 15)
Tiada seorang pun di masa itu yang dapat menandingi kekuatan mereka.
Meskipun mereka memiliki kebesaran tubuh, namun mereka memiliki akal yang
gelap. Mereka menyembah berhala dan membelanya bahkan mereka siap berperang
atas namanya. Mereka malah menuduh nabi mereka dan mengejeknya. Selama mereka
menganggap bahawa kekuatan adalah hal yang patut dibanggakan, maka seharusnya
mereka melihat bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka lebih kuat dari mereka.
Sayangnya, mereka tidak melihat selain kecongkakan mereka. Nabi Hud berkata
kepada mereka:
"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada tuhan lain bagi kalian
selain-Nya. " (QS. Hud: 50)
Itu adalah perkataan yang sama yang diucapkan oleh seluruh nabi dan rasul.
Perkataan tersebut tidak pernah berubah, tidak pernah berkurang, dan tidak
pernah dicabut kembali. Kaumnya bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin
menjadi pemimpin bagi kami melalui dakwahmu ini? Imbalan apa yang engkau
inginkan?" Nabi Hud memberitahu mereka bahawa ia hanya mengharapkan
imbuhan dari Allah SWT. Ia tidak menginginkan sesuatu pun dari mereka selain agar
mereka menerangi akal mereka dengan cahaya kebenaran. Ia mengingatkan mereka
tentang nikmat Allah SWT terhadap mereka. Bagaimana Dia menjadikan mereka
sebagai khalifah setelah Nabi Nuh, bagaimana Dia memberi mereka kekuatan fisik,
bagaimana Dia menempatkan mereka di bumi yang penuh dengan kebaikan, bagaimana
Dia mengirim hujan lalu menghidupkan bumi dengannya.
Kaum Hud membuat kerosakan dan mengira bahawa mereka orang-orang yang
terkuat di muka bumi, sehingga mereka menampakkan kesombongan dan semakin menentang
kebenaran. Mereka berkata kepada Nabi Hud: "Bagaimana engkau menuduh
tuhan-tuhan kami yang kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya?" Nabi
Hud menjawab: "Sungguh orang tua kalian telah berbuat kesalahan."
Kaum Nabi Hud berkata: "Apakah engkau akan mengatakan wahai Hud bahawa
setelah kami mad dan menjadi tanah yang beterbangan di udara, kita akan kembali
hidup?" Nabi Hud menjawab: "Kalian akan kembali pada hari kiamat dan
Allah SWT akan bertanya kepada masing-masing dari kalian tentang apa yang kalian
lakukan."
Setelah mendengar jawaban itu, meledaklah tertawa dari mereka. Alangkah
anehnya pengakuan Hud, demikianlah orang-orang kafir berbisik di antara mereka.
Manusia akan mati dan ketika mati jasadnya akan rusak dan ketika jasadnya rusak
ia akan menjadi tanah kemudian akan dibawa oleh udara dan tanah itu akan
beterbangan, lalu bagaimana semua ini akan kembali ke asalnya. "Kemudian
apa pengertian adanya hari kiamat? Mengapa orang-orang yang mati akan bangkit
dari kematiannya?" Hud menerima pertanyaan-pertanyaan ini dengan kesabaran
yang mulia. Kemudian ia mulai menerangkan pada kaumnya keadaan hari kiamat. Ia
menjelaskan kepada mereka bahawa kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah
satu hal yang penting yang berhubungan dengan keadilan Allah SWT, sebagaimana
ia juga sesuatu yang penting yang juga berhubungan dengan kehidupan manusia.
Nabi Hud menerangkan kepada mereka sebagaimana apa yang diterangkan oleh
semua nabi berkenaan dengan hari kiamat. Sesungguhnya hikmah sang Pencipta
tidak menjadi sempurna dengan sekadar memulai penciptaan kemudian berakhirnya
kehidupan para makhluk di muka bumi ini, lalu setelah itu tidak ada hal yang
lain. Ini adalah masa tenggang yang pertama dari ujian. Dan ujian tidak selesai
dengan hanya menyerahkan lembar jawaban. Harus juga disertai dengan koreksi
terhadap lembar jawaban itu, memberi nilai, dan menjelaskan siapa yang berhasil
dan siapa yang gagal.
Manusia selama hidup di dunia tidak hanya mempunyai satu tindakan; ada yang
berbuat kelaliman, ada yang membunuh, dan ada yang melampaui batas. Seringkali
kita melihat orang-orang lalim pergi dengan bebas tanpa menjalani hukuman.
Cukup banyak orang-orang yang jahat namun mereka mendapatkan fasilitas yang
mewah dan mendapatkan penghormatan serta kekuasaan. Ke mana orang-orang yang
teraniaya akan mengadu dan kepada siapa orang-orang yang menderita akan
mengeluh?
Logika keadilan menuntut adanya hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan tidak
selalu menang dalam kehidupan, bahkan terkadang pasukan kejahatan berhasil
membunuh dan memperdaya para pejuang kebenaran. Lalu, apakah kejahatan ini
berlalu begitu saja tanpa mendapatkan balasan? Sungguh suatu kelaliman besar
terhampar seandainya kita menganggap bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi.
Allah SWT telah mengharamkan kelaliman atas diri-Nya sendiri, dan Dia pun
mengharamkannya terjadi di antara hamba-hamba-Nya., maka adanya hari kiamat,
hari perhitungan, hari pembalasan adalah sebagai bukti kesempurnaan dari
keadilan Allah SWT. Sebab hari kiamat adalah hari di mana semua persoalan akan
disingkap kembali di depan sang Pencipta dan akan di tinjau kembali, dan Allah
SWT akan memutuskan hukum-Nya di dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang
hari kiamat yang berhubungan langsung dengan keadilan Allah SWT.
Ada kepentingan lain berkenaan dengan hari kiamat, yang berhubungan dengan
perilaku manusia sendiri. bahawa keyakinan dengan adanya hari akhir,
mempercayai hari kebangkitan, perhitungan amal, penerimaan pahala dan siksa,
dan kemudian masuk surga atau neraka adalah perkara- perkara yang langsung
berkenaan dengan perilaku manusia, di mana konsentrasi manusia dan had mereka
akan tertuju dengan alam lain setelah alam ini. Oleh kerana itu, mereka tidak
akan terbelenggu oleh kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya, dan egoisme untuk
menguasinya. Mereka tidak perlu gelisah saat mereka tidak berhasil melihat
balasan usaha mereka dalam umur mereka yang pendek dan terbatas. Dengan
demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang menjadi asal penciptaannya
ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya.
Barangkali persimpangan jalan antara tunduk terhadap imajinasi dunia,
nilai-nilainya, dan pertimbangan-pertimbangannya dan ketergantungan dengan
nilai-nilai Allah SWT yang tinggi dapat terwujud dengan adanya keimanan
terhadap hari kiamat. Nabi Hud telah membicarakan semua ini dan mereka telah
mendengarkannya namun mereka mendustakannya. Allah SWT menceritakan sikap kaum
itu terhadap hari kiamat:
"Dan berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya dan yang
mendustakan pertemuan dengan hari kiamat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan
mereka dalam kehidupan dunia: 'Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti
kamu, dia, makan dari apa yang kamu, makan, dan meminum dari apa yang kamu
minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian menaati manusia yang seperti kamu,
niscaya bila demikian itu, kamu benar-benar menjadi orang- orang yang merugi.
Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan
telah menjadi tanah dan tulang belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan
(dari kuburmu)?, jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan
kepadamu itu, kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita
mati dan hidup dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi. " (QS. al-
Mu`minun: 33-37)
No comments:
Post a Comment